27 Disember 2009

cerita-cerita cuti...

Bismillahi nabda'
salam semua...
kaifa halukum...


cuti sekolah kali ni, memang saya merasai betul2 cuti dan dpt bersama keluarga sepenuhnya...
cuti yang tahun lepas saya menunggu kelahiran Husna dengan pelbagai cubaan dan dugaan...

alhamdulillah, sepanjang sebulan setengah saya cuti sekolah ni, macam2 aktiviti kami lakukan. dari hal rumah, percutian, keluarga, klinik husna dan ... segala macam urusan manusia... cuti, cuti juge... walaupun wanita berkerjaya, apabila di rumah, dia tetap mengurus rumahtangga...inilah peluang saya utk masak ape saje untuk kami bertiga, sambil2 menjahit manik, mengemas rumah, tak lupa kerja2 sekolah 2010 dan macam2 lagi...

alhamdulillah, sepanjang cuti, badan saya sihat, cuma si kecil husna beberapa kali juga demam sepanjang cuti sekolah ni...bertukar angin mungkin dan penat ke sana ke mari... pergi mana2 ke rumah saudara je, husna lah yang menjadi tarikan... tambahan pula husna sedang bertatih berjalan... apalagi, bila siang dah puas bermain, malam, tidur mengigau dan menangis2...aduhai.. eh baru anak sorang yer... (tp kalo dah ank 3,4, yg besar2 dah x menagis mlm2 kan)

ok lah, tujuan entri ini, saya mahu bercerita tentang sebahagian aktiviti kami sekeluarga sepanjang cuti sekolah yang menyeronokkan...hehe.. (bilelah nak cuti mcmni lg, hikhik)

cuti sekolah bermula, adelah org kawin..
ni kenduri kahwin sepupu...
pengantin dah sanding, kami pon nak jugak...hehee


Majlis Perasmian Festival Pelajar Islam Selangor dan Makan Malam
anjuran KUIS dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Selangor


Husna ikut mama papa pegi Dinner ISFEST kat KUIS, Bangi..
kakak2 tu yg bwk husna ke sana ke mari...
patutnyer dinner x leh bawak baby, tp lepas tu kami nak terus balik rumah nenek Cheras...
ala ok jer....
dinner yg ade sultan pon kami bawa husna juga..

turn mama papa bergambar pulak...:)
luv u forever...

aktiviti Husna
baca...baca...

baru tumbuh gigi mama dah suruh baca kitab...hehe..

majlis konvokesyen Taski ABIM k.Langat...
papa jadi MC, jadi husna dan mama pon nak nengok jgk...

duk diam2 yer...

"Hello, husna kat Cameron ni, nak kirim aper..."

syoknyer lena dingin2 ni...

family...

caak!!

mama papa pergi Masjid Negeri Shah Alam
menghadiri Minggu Kefahaman Islam dan Minggu Du'at..
ramainya orang membanjiri kerana ingin mendengar
kata-kata ilmu daripada ulama' tersohor Sheikh Dr Yusof Qardawi
ha... yg ni, husna takleh ikut, kene tinggal dgn nenek...


balik kg umah nenek, makan buah naga...
haaabis comot2 baju
dia suke sgt buah naga...
"buah" kata husna..

sehari selepas hari lahir yg pertama..
happy birthday sayanggg...


ihihiiii...
husna nengok mama selesai solat


kita jumpa lg di entri seterusnya...
ilal liqa'
:)

23 Disember 2009

Husna 1 year Old

bismillahi nabda'
Salam untuk semua....:)

Alhamdulillah, esok, 24 Disember 2009 Husna genap SETAHUN...
husna sekarang sudah pandai bertatih sambil menyebut "tih" "ta.." "caak" "jaa"
giginya baru 4 batang, atas dua bawah pun dua...
kalo makan, mmg bertabur2 nasik ats lantai, mane taknyer, husna nak makan sendiri, nk pegang sudu sendiri...
bila lihat papa @ org solat husna akan buat isyarat "SSsssyysss" sambil meletakkan jari di bibir... mcmtu jgk kalo dgr azan, org mengaji & nasyid...
ade sekali tu, saya melatah "ooopocotcot.." dia punyalah gelak mengekek2...mcm kelakar sgt la tu...

Alhamdulillah...anak mama dah besyar la...semoga husna menjadi anak yang menyejukkan hati mama dan papa, baik akhlaqnya dan taat Allah selalu...

beberapa hari ni saya sering teringat detik2 melahirkan husna thn lalu... rrssssttt...kenangan masih segar dlm ingatan... semua cerita tntg kelahiran husna ade dlm entri saya sblm ni (Lihat Diari kelahiran Husna 1 & 2)
saya juga berdoa semoga saya sentiasa sabar dalam mengasuh dan memberikannya tarbiyah...

jom kita nengok gambar husna...

hari pertama...
kepala kene balut sbb terlalu lembut...

1 minggu...


3 bulan...
rambut pun dah cukur


dlm coat dia...


awal 4 bln
mula meniarap...

6 bulan...
rambut pun makin banyak
menyelar pun makin laju...


jln2 zoo...


jom jalan raya...:)

bersama sepupunya...

9 bulan...
makin ligat bermain


10 bulan...
merangkak...

11 bulan+
berdiri lame dan bertatih...

"mama suruh pakai tudung"...

jln2 cuti sekolah...

01 Disember 2009

anniversary keTIGA...


Bismillahi nabda'

Awal kata pembuka bicara,saya berdoa kepada Rabbul Izzati supaya keluarga kami sentiasa dirahmati, dilimpahi keharmonian, kesejahteraan, keredhaan, kecemerlangan dan kemudahan dalam segala urusan kami...

Tarikh 25 November lepas, genap usia perkahwinan kami 3 tahun... alhamdulillah... selama ini kami mengharungi dengan tabah dan sabar... kami cuba menangani rumahtangga kami dengan kebijaksanaan dan rasional dalam segala tindakan... almaklumlah, dunia rumahtangga tidak lari dari mehnah dan tribulasi... kalau bukan dari kami berdua, mgkin dari pihak luar seperti keluarga atau rakan2 atau org lain... kami juga sentiasa mohon agar dijauhkan dari segala fitnah samada daripada manusia atau makhluk lain...

usia perkahwinan kami keTIGA ini, diserikan dengan puteri kami yang semakin lasak mengukur panjang dan lebar rumah ke sana ke mari...Husna sudah genap 11 bulan... dialah peneman saya dan suami, penghibur dan penawar setiap detik waktu...

*********
bercerita tentang kisah perkahwinan kami pula, ijabkabul antara kami selamat disempurnakan pada tarikh 25.11.2006 (Sabtu) jam 11 pagi... ketika itu hampir semua adik beradik dan keluarga terdekat suami dapat hadir sebagai rombongan... memang ramai, hinggakan tuan imam nikah masjid kampung saya berkata: "itulah kali pertama dia menikahkan pengantin yang mana rombongan yg mengiringi seramai itu...." dah bertahun2 sebelum tu, rombongan nikah x seramai itu... tak kurang pula daripada pihak saya...sepupu dan saudara terdekat turut hadir. bagi saya, majlis akad nikah mestilah dihadiri oleh ramai saudara mara kerana pada majlis itulah mereka akan sama2 mendoakan pengantin dan kesejahteraan semua... lebih2 lagi majlis dijalankan di masjid...

awal tahun 2006 saya memulakan lembaran baru dalam bidang pendidikan, kini dikenali IPGM Kampus Pendidikan Islam, Selangor...sewaktu berkahwin dengan suami, saya masih mempunyai komitmen belajar di maktab, selama setahun setengah saya menjalani latihan perguruan di maktab pada cuti sekolah dan pada hari persekolahan saya menjalani latihan mengajar di sekolah. alhamdulillah saya ditempatkan di sekolah yg jaraknya kira2 25km dari Pekan Banting... jadual saya memang padat..manakan tidak, dgn tugas di sekolah dan ditambah pula tugasan maktab... dek kerana majlis perkahwinan saya pada cuti sekolah, hinggakan sehari sebelum majlis pernikahan saya, saya masih menghadiri kuliah di maktab. saya pulang ke rumah untuk majlis akad nikah dan bersanding pada keesokan harinya, kemudian pada hari Isnin saya menghadiri kuliah semula... bayangkanlah, mmg padat dan letih...tapi ia satu kegembiraan bagi saya memenuhi tuntutanNYA, bersyukur juga kerana Allah memudahkan segala urusan kami, alhamdulillah...

pada tahun yang sama juga, suami saya ditempatkan mengajar di Pakan, Sarikei, Sarawak... Jauh di mata dekat di hati... jadi, memang kami terpaksa berjauhan selama lebih kurang 5 bulan. setiap hari air mata mengiringi rasa rindu... doa tidak putus2 dipanjatkan agar kami dapat bersama. suami pula akan pulang ke sini hanya sebulan sekali. pernah juga saya ke sana sekali, kerana hendak melihat sendiri keadaan suami di sana... Tetapi, rezeki Tuhan siapa menyangka, suami saya dapat bertukar ke sini (Telok P. garang) pada pertengahan tahun 2007. itupun puas kami ke Bahagian Sekolah, KPM utk berbincang keadaan kami. bak kata orang, Yang Pahit akan Manis Akhirnya... jadi, suami sempat merasai mengajar di Swk selama setahun setengah, dan kami hanya berjauhan selama 5 bulan... huhu...

bulan Julai 2007 setelah saya selesai praktikum, kursus induksi SSM dan kursus BTN, barulah saya dapat tinggal bersama suami dan bermulalah kehidupan kami... :)

*****
koleksi gambar perkahwinan kami...







akad nikah

bersama keluarga suami

meh potong kek...

mak dan abah...

mak dan bapa mertua...


07 November 2009

Khasiat penting untuk perkembangan si kecil

Perkembangan pertama yang terbina ketika manusia berada dalam kandungan adalah otak dan selepas lahir, ia akan berkembang jumlahnya menjadi berbilion sel. Sel otak akan sentiasa berkembang dan bekerja untuk mempelajari perkara baru.

Pembentukan penting dalam otak bayi yang sedang membesar bukan saja bergantung kepada faktor genetik, tetapi pengalaman yang dilaluinya dan apabila otak mempelajari sesuatu, sel otak berhubung dan menyimpan maklumat.

Namun, berbilion sel otak yang terdapat dalam otak kanak-kanak perlu dimanfaatkan, kerana jika tidak digunakan sel yang kosong akan terhapus bagi membenarkan sel yang menyimpan maklumat berkembang.

Bagi memperkembangkan stimulasi otak, kanak-kanak boleh didedahkan dengan pelbagai aktiviti perkembangan motor, kognitif, fizikal, emosi dan estetika selain pengambilan nutrisi yang betul sejak dalam kandungan mahupun selepas kelahiran.

Pengarah Perubatan Antarabangsa Abbot Nutrition, Profesor Pedro A Alarcon, berkata 80 peratus sel otak kanak-kanak berkembang secara mendadak berbanding orang dewasa dan kombinasi pengambilan nutrisi pada saat pembesaran adalah penting sebagai sokongan.

“Asid docosahaxaenoik (DHA) yang terhasil daripada alfa linolenik asid (Omega-3) adalah penting kerana ia bertindak dengan mengatur fungsi otak selain perkembangan sistem saraf seluruh badan serta kebolehan visual pada enam bulan awal pertumbuhan.

“Omega 3 ini boleh didapati daripada pengambilan lemak ikan air sejuk dan minyak ikan. Selain, pengambil nutrisi lain yang terdiri daripada taurina, kolina, asid linoleik (Omega-6), asid amino (AA), zat besi dan zink juga penting bagi pertumbuhan dan perkembangan secara menyeluruh dari dalam kandungan sehingga peringkat dewasa,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.



Beliau yang juga bekas profesor pediatrik memberitahu, selain DHA yang bertindak sebagai nutrisi utama bagi perkembangan otak kanak-kanak, fosfolipid, molekul yang terdiri daripada lemak dan komponen penting dalam semua sel mambran juga mempunyai peranan penting.

Fosfolipid bertindak untuk menggalakkan perkembangan synapse iaitu sejenis bahan kimia yang membenarkan neuron membentuk kitaran di antara sistem keseluruhan badan. Ia juga bertindak untuk memberangsang kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak.

Sementara itu, bagi melindungi perkembangan mata dan sinaran biru daripada diserap terus, lutien yang boleh dikumpul daripada pengambilan sayuran dan buah-buahan juga memainkan peranan penting untuk kanak-kanak.

“Pada masa yang sama, lutien yang berbentuk antioksida mampu mengurangkan radikal bebas yang berbahaya kepada mata dan kanak-kanak memerlukannya bagi menghalang bakteria serta toksid perosak daripada masuk ke tubuh ,” katanya.

Bersesuaian dengan keperluan itu, Abbot Nutrien memperkenalkan Gain Plus Eye Q Susu Pra Sekolah untuk kanak-kanak berusia antara satu hingga tiga dan Gain Kid Advance Eye Q bagi tiga tahun ke atas.

Sistem nutrisi Gain Eye Q yang dirumus khas itu mengandungi nutrisi keperluan harian antaranya DHA, AA, kolina, taurina dan fosfolipid baik untuk perkembangan minda kanak-kanak.

Selain memberi tumpuan kepada perkembangan minda kanak-kanak, Gain Eye Q turut memberi penekanan terhadap pembesaran secara keseluruhan bagi memastikan kepintaran dan kecerdasan dalam pembelajaran.


* Fosfolipid - didapati dalam meilin, lapisan perlindungan yang mengelilingi sel-sel saraf dalam otak yang sedang berkembang dan penting untuk memberi fungsi isyarat mambran sel.

* Asid linolenik alfa - Sejenis asid lemak omega-3 yang mesti diperoleh daripada sumber pemakanan dan penting untuk perkembangan minda selain boleh ditukarkan ke dalam bentuk DHA.



* Asid linoleik - Sejenis asid lemak omega-6 yang mesti diambil daripada makanan dan ia membantu untuk perkembangan otak serta saraf dan boleh ditukarkan kepada AA.
* Taurina - Antara asid amino yang penting dalam otak dan retina. Ia penting untuk kepantasan dan keberkesanan komunikasi antara saraf.
* Kolina- Juga dikenali sebagai vitamin ‘pengingatan’ berikutan ia memberi manfaat dalam pembelajaran.
* Zat besi - Diperlukan bagi pembentukan darah merah yang membekalkan oksigen dalam badan. Selain itu ia juga berkesan untuk komunikasi antara sel saraf.
* Lutien - Boleh didapati dalam tumbuhan hijau seperti bayam dan ia bertindak sebagai antioksida dan penyerap cahaya biru yang mampu merosakkan daya penglihatan.
* Lipids - Terdiri daripada kumpulan molekul semula jadi yang terdiri daripada lemak, vitamin lemak larut seperti (vitamin A, D, E dan K).

Sumber Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

21 Oktober 2009

jalan-jalan lepas raya...

Hujung minggu lepas, saya kurang sihat, demam selesema... Husna pun begitu, mula menunjukkan reaksi demam dan batuknya... kasihan melihat anak kecil apabila mereka tidak sihat...

dalam rase tidak sihat pun, kami sempat memenuhi undangan majlis kenduri kahwin adik kwn saya, majlis aqiqah 2 pupu Husna (Hani) dan berjalan2 ke kawasan sekitarnya, sempat gi Sua Rasa lagi... kami sempat ke Masjid Sultan Mizan, putrajaya, menjengah keadaan masjid baru... wahh..besarnya...boleh muat 20ribu jemaah.

oh ye, lupe nak bagitahu, Husna dah tumbuh gigi, adela 2 btg di bhgn bwh tu...9 bln 2 minggu baru giginya muncul...

ikuti celoteh Husna dlm entri kali ni...

wajah selepas syawal...
10 bln usia Husna...

muka kurang sihat...

di Sua Rasa... Shah Alam





@ Masjid Sultan Mizan, Putrajaya...





sejuta wajah...