27 Ogos 2009

Hari Lahir Papa Husna...


Selamat Hari Lahir utk abang...
terima kasih kerana menjadi suami yang baik di mata isteri dan papa yang penyayang...
Husna dan mama doakan papa sihat2 selalu, ceria2 selalu supaya dapat bahagiakan kami selalu... sayang papa...
















26 Ogos 2009

Baju kurung Husna


Sebenarnya, dah lama saya menjahit baju kurung Husna ni, sejak sebulan lalu, tapi agak tertangguh sebab hal-hal keluarga... ia betul2 menguji kemahiran saya menjahit. dah lame tak pegang jarum ni...

Bersyukur, pada usia Husna genap 8 bulan pada 24/8/2009, dia semakin menunjukkan perkembangan lagi2 selepas sembuh dari demam yang agak panjang... Husna sudah mula belajar berdiri, membaling objek, menyebut perkataan pa.. papa...ta..tah ta... duduk dengan stabil, dia juga agak kurang menyusu tetapi banyak makan dan bermain tak henti... cuma bila hendak tidur, dia akan menangis: "Husna susah hati mama...macamne nak tido ni...ihik ihik...hu..." bile dah mengantuk sangat, guling2 tetiba senyap....ssssh dia dah tido upenyer... takpun dlm keta duduk kat riba saya, tetiba senyap jer ni, ooooh dah tertido ngantuk sangat, tak sempat nak menangis...

Alhamdulillah, saya sebagai ibunya merasa sangat bersyukur dan gembira dengan perkembangan positifnya...saya percaya kawan-kawan Husna di luar sana juga semakin bertambah perkembangannya...cuma setiap bayi agak berbeza perkembangannya...

entry kali ini saya uploadkan beberapa keletah Husna berbaju kurung dan menggayakan tudung dari Jakarta, hadiah dari nenek Cheras...





belajar berpaut dan berdiri...





belajar duduk...


Husna keletihan menggayakan baju kurung hingga terlena....


"ok ke tak muka syaye ni...semua orang tengok jer tuh..."

"dah mengantuk la mama..."

masih boleh main lagi...







Percutian di PD

Seminggu sebelum puasa tempoh hari, saya sekeluarga bercuti di Port Dickson. Kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan, Tanjung Tuan. Memang kami dah booking lebih kurang 5 bulan lalu... tahun ni kami ambil peluang bercuti di rumah persekutuan. dulu, bukan main susah nak booking, mcm2 kerenah, orang dalam lah ape lah, hmmm sekarang booking online lebih telus dan mudah...

Kami bertolak selepas selesai solat Maghrib Jumaat mlm Sabtu 14/8/2009. sepatutnya check in jam 2.00 ptg Jumaat, tapi memandangkan saya pun demam dan terpaksa ambik cuti pada hari Jumaat tu, jd kami bertolak agak lewat sedikit. sampai di pekan Port Dickson kami mkn malam dulu, time tu dah pukul 10.00, saya teringin nak makan sate perut "sate Kajang Hj Samuri" tapi dah abis pulak.....huhhhmmmm xpelah...kenela order lain. kami terjumpa saudara papa (Embah Fuad) selepas selesai makan. apalagi, dia pun jemputlah kami utk dinner mlm keesokannya. wah... ini sudah bagus, dinner mlm esok x payahla masak...uhuuu... saya pun tak lah bawa bahan mentah terlalu banyak... sekadarnya je, sebab mmg cadang nak rehat... dan bahan mentah tu ingat nak beli kat sana jer...

Pagi Sabtu, dah niat nak masak sendiri utk breakfast, rupa2nya gas rosak... papa pun panggillah staff yg berkenaan, alkisahnya sampailah tengahari baru dapat dapur gas yg baru, dapur gas tu mmg dah x boleh guna, bocor....ish, bahaya betul!! jadi breakfast dan lunch ari Sabtu tu kami makan di luar jer... saya pun x sihat sepenuhnya...mmmg nak bg can saya rehat kot...

Percutian kali ni kami ajak kak long sekali, sebab kak long susah nak dapat peluang bercuti di PD. lagipun, mak mertua sekeluarga dan adik beradik papa pergi bercuti kat Bandung dan Jakarta... kami sekeluarga, kak long sekeluarga dan Adawiyah jer yg tak pegi. jadi kami pun nak bercuti juga, hmmm nasib baik dpt booking Rumah Persekutuan PD ni...x lah rasa kene tinggal.

lepas lunch kami berjalan2 di pasar Telok Kemang...sambil menunggu kak long sekeluarga sampai...sambil jalan2... nah, ini dia buah tangan Husna...

bersama bola baru...

Lebih kurang pukul 4.30 ptg, kak long sekeluarga pun sampai...
lepas Solat Asar ptg tu, saya bawa kak long sekeluarga ke Palm Spring (Opposite Tiara Beach Resort) , dlm 4km dari Rumah Persekutuan tu. sebenarnya nak bawa anak2nya mandi kolam dan jakuzi best kat sana, disamping nak tengok perkembangan Husna mandi guna pelampung... wah wah...seronok bukan main budak2 tu... Husna pun dapat pengalaman baru... kat bwh ni ada saya upload keriangan Husna bersama sepupunya mandi...

inilah kolam yang kami kunjungi...


Husna bersama pelampung barunya... seronok betul...


Husna dah menggigil tapi masih tak mahu naik...:)
yg lagi sorang tu Jasmin...


amboi amboi... dapat air bukan main suker...
yg lagi sorang tu Iskandar...sepupu Husna juge...

Malam tu pulak, kami semua ziarah jemputan ke rumah saudara papa, rumah dia di D' Tropika PD... mereka baru pindah...besar rumahnya, masih lagi bercadang2 utk tambah itu dan ini... next time pegi msti dah berubah... kami dijamu Sate, Spageti dan Lai Che Kang... ehemmmm makan dengan berselera sambil bersembang, sedar tak sedar dah hampir pukul 12....!! kami pun pulang...

Pagi Ahad pula, hah, hari yg ditunggu oleh Iskandar dan Jasmin utk mandi pantai PD... di belakang Rumah Persekutuan tu pantai berombak perlahan, jadi bolehla mandi... seronok mereka mandi pantai... tapi, pagi2 lagi saya dan papa dah mula risau sebab badan Husna panas sgt...ah sudah, saya baru beransur sihat, Husna pulak demam, pagi tu kami bawa Husna ke klinik berhampiran... Pagi2 lg orang dah ramai di klinik. lagipun itu jer klinik yang dibuka rasanya...x nampak klinik lain yg bukak pun... doktor check suhu Husna, wah!! 39' doktor pun berpesan macam2 kepada kami, lagi2 waktu H1N1 sedang menular ni...
balik dari klinik, bersarapan, saya dan Husna tak dapatlah ke pantai, kak long sekeluarga dan papa jer mandi pantai... saya pulak menjaga Husna sambil masak Spaggeti dan mengemas barang, pukul 12 nak check out dah... kemas punya kemas, siap juga akhirnya... tak la banyak pun. kami mmg bercuti utk rehat jd tak perlulah nak beratkan kepala bawa barang selengkapnya... lagipun barang2 asas seperti pinggan, cawan, periuk, kuali, semuuuua ader... senang... hatta wifi pun ader, memang beristirehat sungguh... cuma yg 'kureng' sikit, katil dia dua katil single utk satu bilik... mgkin sebab rumah apartment. kat PD ni ade rumah apartment je, rumah banglo sedang dlm pembinaan, dah siap cuma tinggal finishing je tu...
ok lah, yang penting kami semua seronok dan dapat berehat sepenuhnya...

On the way nak balik, kami sempat singgah di pantai PD utk lunch... makan spaggeti yg saya masak tadi tu... hanya bentang tikar jer, dapat merasa dingin angin pantai dan merehatkan minda... agak2 bila lagi nak sampai PD yer...?

perjalanan pulang kami lalu jalan kampung, melalui Lukut+Sg Pelek+Morib... sempat singgah utk beli buah dragon fresh dari ladang, memang manis...sebelum sampai rumah, kami tunaikan solat jamak di Masjid Morib, alhamdulillah...kami sampai rumah jam 4.30 ptg...

satu percutian yg merehatkan...


22 Ogos 2009

Carta Perkembangan Bayi Hingga 24 bulan

21 Ogos 2009

ragam di bulan Ramadhan...

18 Ogos 2009

Husna is having fever...

husna demam.... :( mama risau, susah hati sangat!!
ari ahad pagi, dah bawa dia jumpa doktor, x la panas sangat tp sekali tgk suhu 39!! terus masuk ubat kat punggung dia. balik dr klinik dia main2, bila kene tinggal dgn mama atau papa, mulalah menangis2... sayunyer tengok dia menangis... ptg tu dah reda panasnya. saya pun rasa lega.. tengah malam, badan husna panas lagi, kali makin panas... saya terus bangun kejutkan suami. waktu tu jam 5pagi. Ya Allah, macam mane ni...

fikir punya fikir kalau bwk ke hospital banting siang nanti msti ramai, dahla isnin kan. saya terus decide bwk husna ke hospital pukul 5.30 pg tu juga!! aduhai, kat bhgn kecemasan menunggu pun lame yg amat. suami sempat solat subuh dulu, msh x dpt giliran lg. then saya pulak solat...mohon pada Allah agar diringankan sakit demamnya... selesai solat, suami dah bwk masuk husna jumpa doktor. tgk2 suhu dia 38+. doktor kata jerlum dgn air byk2 kali, bagi minum air banyak2, mandikan dia, bagi makan ubat... kalau 3hari x baik juga baru datang lagi utk ambil sampel darah. doktor tambah ubat demam husna dan naikkan kekerapan utk makan ubt dr 3x ke 4x. dah selesai kami pun pulang ke rumah... jam dah pukul 6.50pg. suami saya terus bersiap ke sekolah dan saya datang lewat ke skolah dgn izin GPK 1. rasa berat nak ke sekolah. tapi apakan daya, jumaat saya dah ambik cuti sbb saya demam, lagipun kertas ujian tak berstapler lagi.... insyaALLAH husna boleh dgn nenek Lim dia (pengasuh yg juga makcik saya).

saya pulang dari sekolah terus ambil husna di rumah makcik... ptg tu, husna asyik menangis jer, itu tak kena ini tak kena... adela setengah jam dia menangis... hinggakan saya pun turut sama menangis...huhu... saya ambil keputusan utk bawa husna pergi berurut, mana tahu dia salah urat ke, maklumlah dia sedang belajar berdiri...memang tengah lasak pun... atas pertolongan kawan saya, lepas maghrib tu saya bawa husna pergi berurut. kak zahrah namanya...saya pun tak kenal, dia urut husna pelan2... dia bagitahu yang husna salah urat bahu kanan, macam dah lama sbb dah bengkak... sebab tu dia menangis2 jer... Ooooo... Ya Allah kesiannya anak saya...dah lama dia menanggung sakit kat bahu tu. masae kene urut, meraung la husna, tapi dia tak menendang2, mgkin dia menahan sakit. ditambah dgn perut kembung sbb nangis lama sangat petang tadi. lepas kena urut, masuk kereta, saya breastfeed dia terus tido... saya pun tak putus2 berdoa kepada Allah supaya anak saya sihat seperti sediakala... saya cukup risau kala husna tidak sihat... dialah permata hati saya....saya tak mahu apa2 perkara buruk terjadi kepada husna.

keesokannya, badan husna masih panas lagi, saya lihat suhunya turun sedikit, 37. cuma dia oleh main2 mcm biasa, makan pun alhamdulillah selera... selagi suhunya tidak kembali normal, saya masih rasa tidak sedap hati... inilah cubaan dan ujian sebagai seorang ibu... saat ini terasa hati inu hampir kepadaNYA mohon pertolongan dan petunjukMu ya Allah...

11 Ogos 2009

Kasihnya ibu...




Melihat video ini, saya teringat di kala melahirkan si kecil Husna 7+ bulan yg lalu... begini rupanya husna dilahirkan... lapisan demi lapisan kulit dihiris... sungguh, saya tak tahu apa harus dikatakan di sini...berat rasa untuk menterjemahkan rasa hati ini... hanya Tuhan yg tahu...

Syukur kerana Allah mengurniakan kami zuriat, walau saya terpaksa melahirkan secara LSCS, namun saya masih memanjatkan syukur atas kurniaan ini...kurniaan yang dinantikan... saya juga Insaf, mungkin kerana dosa2 yang saya lakukan sebelum ini...


- Alkisahnya, sedang saya membuat soalan ujian tadi, saya sempat melihat video ini. tiba2 rasa tersentuh hati sangat, lagi2 lepas maghrib tadi saya mendapat berita ibu saudara saya kembali ke rahmatullah... ibu saudara (adik ipar ayah saya)... sedih dan pilu bagaimanalah anak2nya merasai kehilangan ibu tersayang.... alhamdulllah saya masih punya ibu, walaupun sudah hampir 60 tahun ibu masih sihat, ibulah yg menjaga saya sewaktu berpantang melahirkan Husna tempoh hari. tanpa ibu, entahlah...

- Walaupun ibu merasai saat getir melahirkan anaknya, namun kasih ibu tiada tolok bandingnya...belaian, perhatian dan sayangnya pada kita sepenuh hatinya...

06 Ogos 2009

everyday i luv you...






My Little Princess

Scrapbooking at WiddlyTinks.com



sejuta wajah...



05 Ogos 2009

15 Sya'ban

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Hadith sahih fadhilat nisfu sya'ban :

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)

Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk dibaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.

Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya'ban.

Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.

TETAPI

Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.


Tiada amalan-amalan khusus pada nifsu sya'ban

Tiada amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam tersebut.Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan khusus pada malam nifsu sya'baan dan ia ditambahkan lagi dengan hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam tersebut.

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya'baan:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Wahai pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta ketas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah :“

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya'baan

(1) Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra:

(Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar)

ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra :

(Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’.

(Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).

ULASAN : Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata:

(Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya).

ULASAN :Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih.

Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.
Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.


Ulasan tokoh-tokoh Hadith


Al-Hafiz al-Iraqi berkata:

(Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.


al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:

Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).

(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).


Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:

(Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.

Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:

(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)


(sumber daripada: ratuhati.com)

sejuta wajah...