24 September 2009

Cerita Raya Husna

Bismillahi nabda'
Salam semua...
Husna di sini...!!!

Alhamdulillah, dapat kita bersua kembali setelah sebulan berpuasa, alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang utk menyambut hari kemenangan kita Syawal yg mulia dl keadaan sihat sejahtera ...

Aidilfitri tahun ini, Husna beraya di rumah nenek Cheras. dua hari sebelum raya (Jumaat), Husna dah balik kg nenek Batu 10 dulu, tolong2 kemas then esoknye (sabtu) baru balik rumah nenek Cheras...sampai di sana adik beradik papahusna semua dah ade, sepupu2 husna yang 5 orang pun dah menunggu husna sampai... apalagi bila husna sampai, mainlah mereka bersama2... seronok tengok keletah mereka...

Di pagi 1 Syawal yg mulia...
Raya pertama
pagi raya, saya pergi solat sunat eidulfitri bersama papahusna dan semua ahli keluarga kecuali bonda dan makngah dan mummy yang tinggal...saya tinggalkan husna dgn mereka. nak tau, husna tido sampaila saya balik dari solat... baguihnyer ank mama...mula2 rase x yakin juge nak tinggalkan husna sb x biase tinggalkan dgn makcik2 di Cheras... so far ok jer, nmmmm lain kali bole la mama tinggal utk gi shopping yer...

kemudian, saya bersiap2 tukar pakaian dan kemas baju2 sebab t/ari tu kami semua akan berangkat pulang ke rumah nenek Sg Rambai (nenek papahusna)... selesai kemas2 kami semua bermaafan dan bergambar bersama... wah...keluarga kak long dgn set kuningnye, keluarga pak ngah dgn set gold nyer, keluarga husna dgn set purple nye, bonda- hujau, ibu-coklat, ummi-pic, nenek-coklat+gold, atuk-biru+hijau... macam2 warna tahun ni. thn ni, adik beradik papahusna semua ade dapat berkumpul sama2, bukan mudah nak berkumpul begini sebenarnya, sebab ibu (panggilan utk Hajar) belajar di Makasar dan bonda (pangilan utk Adawiyah) bekerja di KK,Sabah... alhamdulillah tahun ni mereka dapat balik beraya bersama... thn sudah tak cukup juga, thn dpn x tahu lg...jd kene hargai kenangan manis ini...

Jom kite tengok gelagat husna berhari raya...

Husna bersama papa...

Husna bersama sepupunya...
Jasmin, Najihah dan Iskandar...
lg dua org sedang tidur (baby Arissa & Zulaikha)

Husna bersama Ummi Cah, Ibu Hajar, Bonda Adawiyah & sepupunya Zulaikha...

Raya kedua
saya sudah berada di rumah atuk di Banting bersama mak dan makcik2 sebelah mak saya. walaupun saya berada di situ, saya sambil2 beraya bersama keluarga papahusna juga...kira dua2 dapatlah... (gambar bersama keluarga sebelah mak tak sempat nak ambik)
pagi tu, saya sekeluarga bersama pakcik2 sebelah suami menziarah nenek2 saudara di Kg Sijangkang dan Sg Pinang, Klang... dari pukul 10.30 pagi sampailah maghrib... solat Zohor di masjid berhampiran jer...selesai solat, kami menuju ke Sg Pinang. aah..perut dah lapar, utk mengelakkan daripada sakit perut & sebagainya, kami singgah makan t/hari di Chicken Rice Shop, Jusco...
sebenarnya, atuk papahusna berpesan supaya pergi ziarah nenek2 sedara kami sb mereka dah uzur... saya pula memang dah niat, thn ni nak beraya ke rumah nenek saudara sebelah suami sb sejak kahwin tak kenal mereka lagi. thn lepas kami dah ke rumah nenek2 saudara sebelah keluarga saya.
nak jd cerita, kami solat Asar di masjid Sg pinang, Klang. selesai solat kami nak menuju ke rumah nenek Habibah yg hanya seberang jalan jer, tup tup keta pak mertua x boleh start...panggil AAM, mmm upenyer bateri weak...ish, mmg dugaan nak menziarah org sakit la agknyer...bapa mertua menunggu hungga kereta selesai dibaiki manakala saya dan adik2 ipar menuju ke rumah nenek Habibah. bile menziarah nenek sedara yg sedang sakit ni, rasa syukur sangat pada nikmat kesihatan yg Allah berikan pd kita ini...
saya sempat mandikan Husna dan jasmin memandangkan hari semakin petang...lebih kurang jam 6.40 ptg kami bertolak pulang, alhamdulillah sempat solat Maghrib di rumah nenek Sg Rambai...Mlm tu rase letih yg amat, saya sekeluarga terus pulang ke rumah atuk di Banting. keletihan dalam keseronokan... Zzzzz....

On the way nak pergi beraya...

@ rumah Nenek Esah, Sijangkang

Husna tertidur keletihan...

Raya ketiga
saya dan makcik menziarah sepupu di Kajang...hampir seharian juga...

Raya keempat
saya pergi menziarah makcik Absah tapi dia takde kat rumah, then terus hantar emak pulang dari rumah atuk di Banting ke Bt 10.. kemudian sambung beraya bersama keluarga mertua dan adik2 perempuan papahusna ke rumah nenek2 saudara juga di sekitar Olak Lempit dan Morib... Solat fardhu juga di masjid2 berhampiran... hampir Maghrib baru kami pulang, mereka singgah ke rumah kami. alahai...peti ais 0 takder ape2 sb x sempat nak belanja dapur lagi, jadi terpaksalah beli makanan utk mkn mlm tu. mak mertua pulak, dah pancit dah...

Husna bersama kakak Jasmin ketika beraya di rumah nenek saudara kami...

Raya kelima
ha....arini anak2 murid papahusna batch thn lepas datang beraya ke rumah kami. nak katenyer, serbu pun ade... trip pertama 15 org bersama seorang cikgu diorang, trip kedua 5 orang & trip ketiga 4 org... penuh sarat rumah saya dgn kehadiran mereka... Husna la paling seronok. dapat main2 dgn kakak2...
mlm tu pula, saya pergi menziarah makcik Absah... selagi saya tak ziarah acik Absah, saya rase x patut sgt sebab 3 thn lalu sewaktu saya baru posting ke sekolah saya sekarang ni saya pernah tinggal bersamanya...

anak2 murid pun dah besar panjang...
Kami bergambar beramai2...

Raya keenam
sepupu papahusna (Hafiz, Helmi & adk beradik) datang menziarah...papahusna pulak sedang berada di sekolahnya menanda kertas trial SPM...mereka tunggu jugak papahusna pulang...sempatlah berbual panjang...
hari ini badan rase sakit2 dan panas... alamak..demam datang..saya makan actifast dan Habbtussauda', alhamdulillah ptg tu beransur baik dan boleh pergi belanja brg dapo... tak disangka, terjumpa kwn saya; Maslina yg baru dpt baby girl 1 Ramadhan yg lalu....emm comei..
mlm tu pulak anak2 murid papahusna datang ziarah... mule2 janji 4 org, sekali dtg 8 org + lagi beberapa org yg tak sampai lg & nk dtg lepas Isya', sekali tu pukul 10.30 barula diorang sampai... Spaggeti Olio yg saya masak dah sejuk, mmm...janji 4 org, sekali dtg 8+ org, dapatlah sorang sikit jer... papahusna lah yg melayan...

Hafiz dan adik beradiknya turut hadir...

Raya ketujuh
kami stay kat rumah pagi tu, berehat... mmg cadang tak nak ke mana2... papahusna sambung menanda kertas Trial SPM nya...
t/hari, kwn papahusna ajak pergi ke Open House di El-Azhar Camp dan terus ke rumah Pyan (kawan papahusna) di seksyen 7 S. Alam.
alang2 dah smpi S.alam ni rase teringin sangat nak jumpe bestfriend saya sewaktu di UIA dulu, Linda, lame sgt x jumpe sejak saya kahwin... setiap kali cuti sekolah yg pnjg tak dapat juga berjumpa. Linda ni cikgu juge kat Sandakan... itu yg susah nak jmpe. Alhamdulillah kesampaian juga hajat saya, kami sampai rumahnya di Kg Bukit Kapar jam 9 mlm...


Seronok dapat jumpe kwn baik... :)

* Apepun, menyambut Eidulfitri 1430H kali ini penuh bermakna buat saya... saya bersyukur kerana masih diberi peluang bertemu keluarga dan sanak saudara jauh dan dekat...
Bila kita menziarah org tua, banyak perkara harus kita jaga, dan tak kurang juga perkara2 yg harus kita amalkan antaranya adab dan tatasusila ketika bercakap, makan & minum, bersalaman dan bermaafan, mendoakan saudara kita yg sedang sakit dan memohon doa daripada ibu bapa serta keluarga kita...
Mudah2an kita dapat bertemu dgn Ramadhan dan meraikan hari kemenangan Syawal akan datang, InsyaAllah...

16 September 2009

Eidulfitri kali ini...





Bismillahi nabda'
salam semua...semoga sihat2 selalu di kala ramadhan yang bakal meningglkan kita ini tidak lama lagi...

rasa sungguh cepat masa berlalu meningglkan kita, Ramadhan dirasa sangat sekejap.
Alhamdulillah setakat ini saya dan keluarga dapat menjalankan tuntutan agama ini dgn baik...dgn limpahan kesihatan kpd kami dan si kecil Husna juga. alhamdulillah...

Ramadhan berarak pergi, Syawal bakal menjelma...
bila memikirkan persiapan Syawal, rasanya kami sambut dgn sederhana dan penuh kesyukuran. tahun ini, bertambah ahli keluarga kami, pertama kali beraya dgn si kecil Husna... seronok memilih baju Husna berbanding baju-baju saya dan suami... pastinya, begitulah juga perasaan ibu2 lain...

pada kesempatan ini, saya ingin mohon kemaafan zahir batin kepada suami, mak abah, keluarga dan saudara mara jauh dekat, rakan-rakan dan rakan2 pembaca setia blog ini...


Adakala mata salah melihat...
Telinga silap mendengar...
Mulut terlanjur bicara...
Hati salah menduga...
Kami pohon Maaf Zahir Batin...
Semoga dimaafkan...

Salam Eid AlMubarak!!!

Kullu "aam Wa antum Bi Khair...




05 September 2009

Secebis Kisah utk Direnungi...


Untuk renungan, sama-sama kita ikuti kisah-kisah dugaan Allah terhadap hambaNya.. semoga kita dapat mengambil iktibar dan sentiasa bersyukur…dan kita mesti yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu kita.. kerana Allah maha pemurah lagi penyayang… Mungkin kita tidak pernah mengalami situasi-situasi sebegini...


Kisah 1
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih.
Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 9 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang keenam."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."





"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah... Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.
Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Aku bertekad untuk datang lagi untuk menemui ibu mereka dan menyelami dgn lebih mendalam akan kehidupan mereka
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.
Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM5.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?


Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita........ ..



sejuta wajah...