29 Jun 2009

Diari kelahiran Husna 1

salam untuk kali ini...

hari ini 29/06/09, si kecil Husna sudah menjejaki usia 7 bulan 5 hari... dia semakin lasak meng'explore' rumah. beg sekolah mama dan papa yang diletakkan di sudut rumah kami akan dikunjungi Husna...apa lagi, diam-diam dia akan menarik satu persatu isi di dalamnya...

entri kali ini saya akan kongsikan diari kelahiran Husna... kenapa baru hari ini? sebab, sebelum ni saya belum ada blog untuk berkongsi cerita...segala diari kelahiran itu tersimpan dalam ingatan...

alhamdulillah, mengandungkan si kecil Husna tidaklah berat cubaan berbanding ibu2 lain. saya tidak mengalami alahan yang teruk, biasa2 sahaja...bile cerita dgn orang lain, mereka menyatakan "ok la tak teruk sgt, biasa la tu kerenah ibu mengandung". setakat usia si kecil Husna semasa dlm kandungan 7 bln, tekanan darah saya baik, saya boleh maintain 11.5+ setiap kali regular checking...

tetapi, pada usia kandungan 7bln +, nurse beritahu yang kandungan saya songsang (breech), kadang2 transverse... risaunya... saya tidak ketinggalan pergi ke klinik swasta utk scan. doktor di klinik swasta pun bagitau baby songsang...

doktor beri harapan hingga minggu ke 35 kalau kepala baby tak pusing ke bawah, so kenelah pergi jumpa doktor pakar Hosp Banting...dipendekkan cerita...

*************
menjelang kelahiran Husna

- 16/12/08 (selasa) saya check in di Hospital Banting... Doktor pakar menyatakan perlu pemantauan rapi
memandangkan keadaan kedudukan baby yang sedikit luar biasa.

- Bukan biasa - bukan songsang - bukan melintang - tapi serong. Doktor kata, susah nak pusing pada kedudukan
itu; doktor sendiri pun tak berani nak pusingkan; dan lagi- sudah cukup 37 minggu.

- Tik... tok... tik... tok... Masa semakin suntuk. Doktor terpaksa menahan saya di hospital. Mujur juga rumah
sangat berhampiran... Bila-bila masa sahaja... Walaupun ada 22 hari lagi (due 6/01/09) itu jangkaan paling
akhir... Memang bila-bila masa sahaja...

- itulah kali pertama saya bermalam di hospital sepanjang hidup saya...
Ya Allah.. permudahkanlah urusan kami... Semoga segalanya berjalan dengan baik... Amiinn.


- Selepas 4 malam di Hospital banting (16-19/12/2008), baby masih tidak menunjukkan apa2 perubahan
untuk berpusing kepada kedudukan normal. Doktor bakal menghantar saya ke Hospital Klang untuk proses
memusingkan baby dan sekiranya ada apa2 komplikasi, operation akan terus dilakukan di sana.

- Kami memohon dan memilih untuk ditukarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) atas
alasan berhampiran rumah ibu bapa saya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. (20 minit sahaja) dan
ditambah pula kemudahan lebih selesa.means proses kelahiran di HUKM, lps tu blk le Bnting jugak utk
berpantang...

- pagi 20/12/08 (Sabtu) jam 10.30 pg discharge dari Hosp Banting. kami pulang ke rumah sebentar
mengambil barang2 yang perlu. rindunya kat umah...:) selepas Zohor, terus bertolak ke HUKM (kira2 60km
dari Banting) sampai di Unit Kecemasan HUKM, staff yang bertugas menyatakan kami perlu berjumpa doktor
di Jabatan O & G pada hari Isnin kerana Klinik O&G dibuka hari bekerja sahaja dan keadaan saya yg x
menunjukkan sebarang tanda sakit bersalin, jadi wajarlah utk dtg pada hari Isnin...
hari Ahad tu, saya berehat di rumah mertua...

- pagi ini Isnin 22/12/08 kami pergi ke HUKM seperti yg dijanjikan...ditemani ibu mertua. sampai di sana,
almaklumlah...mana2 hospital pun mcmtulah gayanya...menunggu yg lama di setiap stesen (pdaftaran, scan
& jmpe doktor) sabar ye...(kami memujuk hati.

- keputusan Scan mnunjukkan baby masih berkedudukan "persistant obligue breech"... means masih serong. yg
lain2 alhamdulillah baik(jantung, kuantiti air ketuban,tumbesaran dsb). due 6/1/2009. yg tak sangka,
Estimated Fetus Weight 3.369kg, agk besar juge...ni baru 37minggu 4hari...

- jam 12.30 barulah dapat berjumpa doktor O&G... doktor mengambil maklumat2 penting. mula2 saya masuk
sorang, lepas tu saya pula menyusul kerana doktor minta kami buat keputusan samada mahu:

a. ECV (External Cephalic Version) yg mana doktor akan memusingkan baby menggunakan tangan di bahagian luar abdomen. sekiranya berjaya kepala baby engaged di bhgian bawah, maka boleh bersalin normal itupun sekiranya tiada apa2 komplikasi swktu kelahiran nnti(sbb blum tau lg baby boleh lahir normal atau x,tmbhn pulak berat baby akn smakin besar, lg2 ank sulung)... sekiranya doktor dah cuba tp tidak berjaya dipusingkan,(baby still serong) maka...ceasar lah jwpnnya. menurut doktor, ECV ni agk menyakitkan sedikit pd ibu... doktor kata lagi, selepas buat ECV, doktor akn lihat samada ada komplikasi @ x. komplikasi spt baby akan turning back spt asal, jantung berdenyut semakin perlahan & perubahan uri. sekiranya berlaku komplikasi ni, doktor x kan tunggu lama & terus ceasar...(demi baby & ibu selamat)

b. terus pilih utk ceasarean... yg mana, doktor akn bg tarikh terus... (x pyh fikir2 nak ECV @ cara lain)

kami pilih utk ECV, yg mana kene dtg esk pagi

kami pulang ke rumah dengan keadaan masih berfikir2 lagi sebenarnya dan bincang dgn mak samada nak pilih ECV @ Ceasarean.... jauh di sudut hati, apa yg kami mahukan ialah baby & ibu selamat... macam2 perasaan bertandang di hati dan fikiran... Ya ALLAH Engkau dorongkanlah kami membuat keputusan yg betul & terbaik...
kalian doakanlah kami & baby; smga slmt....


24 Jun 2009

salam...

arini pegi kursus maju diri ict kat sk bandar banting.

kat sana pengisian kursus tentang pembinaan e-mail & mail merge, buat blog dan e-bahan...

jumpe ramai kawan...sembang2 dan yyang penting dapatla ilmu sikit...

22 Jun 2009

seronoknyer sukan....


semalam, 21 JUN 09 sekolah saya mengadakan sukan tahunan sekolah...kali ke 35... latihan sukan bermula sebelum cuti sekolah lagi... persiapan dibuat dgn rapi... saya diagihkan tugas utk membuat buku program... oleh kerana awal2 lagi dah diberitahu akan ada pertandingan rumah sukan terbaik, maka kami pun sibuk lah membeli itu ini utk mencantikkan rumah sukan kami...
memandangkan saya ni rumah biru, jd serba serbi yang dibeli utk hiasan rumah sukan pun biru+putih belaka...
ari sabtu, 20/6/09 hari persiapan terakhir utk sukan...ptg tu kami semua guru2 datang utk menghias rumah skan...wa...dah npk dah idea stiap rumah sukan...rumah merah dgn pintu gerbang dia mcm bilik pengantin pun ader...beatle dia... rumah kuning dgn keris dia tuh, ngan rimau maybank. sape yg buat ntah, kreatif... rumah hijau dgn tema floranya...menarik... rumah biru pulak dgn belon byk mcm karnival kat tv tuh... idea sama2...

ni lah rumah sukan saya...








yang ni nak perbarisan, rumah biru dpt no 3...

















sempat gak ambik gambar dgn sakinah...our princess






tonggak rumah BENDAHARA...
k.maz, mizah, saya, k.salina, pn siti ramzah (AJK PIBG), k.nab...
kasam, ustaz, cikgu azmi, k.azizah misngat (x de time ni..)
thn depan kite msti menang lagi tau... :)
insyaAllah...







rumah merah...LAKSAMANA...
tengok tu, ade beatle cute...









rumah kuning...TEMENGUNG...
keris terhunus tu... dgn rimau maybank...








rumah hijau...SYAHBANDAR...
dgn konsep floranya tu...






kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
kita jumpa lagi pada sukan tahunan tahun depan...

20 Jun 2009

Husna pakai tudung


Husna mencuba tudung baru...






Husna tersengih-sengih bila melihat kamera...





posing paling cute dari Husna

sejuta wajah...