27 Disember 2009

cerita-cerita cuti...

Bismillahi nabda'
salam semua...
kaifa halukum...


cuti sekolah kali ni, memang saya merasai betul2 cuti dan dpt bersama keluarga sepenuhnya...
cuti yang tahun lepas saya menunggu kelahiran Husna dengan pelbagai cubaan dan dugaan...

alhamdulillah, sepanjang sebulan setengah saya cuti sekolah ni, macam2 aktiviti kami lakukan. dari hal rumah, percutian, keluarga, klinik husna dan ... segala macam urusan manusia... cuti, cuti juge... walaupun wanita berkerjaya, apabila di rumah, dia tetap mengurus rumahtangga...inilah peluang saya utk masak ape saje untuk kami bertiga, sambil2 menjahit manik, mengemas rumah, tak lupa kerja2 sekolah 2010 dan macam2 lagi...

alhamdulillah, sepanjang cuti, badan saya sihat, cuma si kecil husna beberapa kali juga demam sepanjang cuti sekolah ni...bertukar angin mungkin dan penat ke sana ke mari... pergi mana2 ke rumah saudara je, husna lah yang menjadi tarikan... tambahan pula husna sedang bertatih berjalan... apalagi, bila siang dah puas bermain, malam, tidur mengigau dan menangis2...aduhai.. eh baru anak sorang yer... (tp kalo dah ank 3,4, yg besar2 dah x menagis mlm2 kan)

ok lah, tujuan entri ini, saya mahu bercerita tentang sebahagian aktiviti kami sekeluarga sepanjang cuti sekolah yang menyeronokkan...hehe.. (bilelah nak cuti mcmni lg, hikhik)

cuti sekolah bermula, adelah org kawin..
ni kenduri kahwin sepupu...
pengantin dah sanding, kami pon nak jugak...hehee


Majlis Perasmian Festival Pelajar Islam Selangor dan Makan Malam
anjuran KUIS dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Selangor


Husna ikut mama papa pegi Dinner ISFEST kat KUIS, Bangi..
kakak2 tu yg bwk husna ke sana ke mari...
patutnyer dinner x leh bawak baby, tp lepas tu kami nak terus balik rumah nenek Cheras...
ala ok jer....
dinner yg ade sultan pon kami bawa husna juga..

turn mama papa bergambar pulak...:)
luv u forever...

aktiviti Husna
baca...baca...

baru tumbuh gigi mama dah suruh baca kitab...hehe..

majlis konvokesyen Taski ABIM k.Langat...
papa jadi MC, jadi husna dan mama pon nak nengok jgk...

duk diam2 yer...

"Hello, husna kat Cameron ni, nak kirim aper..."

syoknyer lena dingin2 ni...

family...

caak!!

mama papa pergi Masjid Negeri Shah Alam
menghadiri Minggu Kefahaman Islam dan Minggu Du'at..
ramainya orang membanjiri kerana ingin mendengar
kata-kata ilmu daripada ulama' tersohor Sheikh Dr Yusof Qardawi
ha... yg ni, husna takleh ikut, kene tinggal dgn nenek...


balik kg umah nenek, makan buah naga...
haaabis comot2 baju
dia suke sgt buah naga...
"buah" kata husna..

sehari selepas hari lahir yg pertama..
happy birthday sayanggg...


ihihiiii...
husna nengok mama selesai solat


kita jumpa lg di entri seterusnya...
ilal liqa'
:)

23 Disember 2009

Husna 1 year Old

bismillahi nabda'
Salam untuk semua....:)

Alhamdulillah, esok, 24 Disember 2009 Husna genap SETAHUN...
husna sekarang sudah pandai bertatih sambil menyebut "tih" "ta.." "caak" "jaa"
giginya baru 4 batang, atas dua bawah pun dua...
kalo makan, mmg bertabur2 nasik ats lantai, mane taknyer, husna nak makan sendiri, nk pegang sudu sendiri...
bila lihat papa @ org solat husna akan buat isyarat "SSsssyysss" sambil meletakkan jari di bibir... mcmtu jgk kalo dgr azan, org mengaji & nasyid...
ade sekali tu, saya melatah "ooopocotcot.." dia punyalah gelak mengekek2...mcm kelakar sgt la tu...

Alhamdulillah...anak mama dah besyar la...semoga husna menjadi anak yang menyejukkan hati mama dan papa, baik akhlaqnya dan taat Allah selalu...

beberapa hari ni saya sering teringat detik2 melahirkan husna thn lalu... rrssssttt...kenangan masih segar dlm ingatan... semua cerita tntg kelahiran husna ade dlm entri saya sblm ni (Lihat Diari kelahiran Husna 1 & 2)
saya juga berdoa semoga saya sentiasa sabar dalam mengasuh dan memberikannya tarbiyah...

jom kita nengok gambar husna...

hari pertama...
kepala kene balut sbb terlalu lembut...

1 minggu...


3 bulan...
rambut pun dah cukur


dlm coat dia...


awal 4 bln
mula meniarap...

6 bulan...
rambut pun makin banyak
menyelar pun makin laju...


jln2 zoo...


jom jalan raya...:)

bersama sepupunya...

9 bulan...
makin ligat bermain


10 bulan...
merangkak...

11 bulan+
berdiri lame dan bertatih...

"mama suruh pakai tudung"...

jln2 cuti sekolah...

01 Disember 2009

anniversary keTIGA...


Bismillahi nabda'

Awal kata pembuka bicara,saya berdoa kepada Rabbul Izzati supaya keluarga kami sentiasa dirahmati, dilimpahi keharmonian, kesejahteraan, keredhaan, kecemerlangan dan kemudahan dalam segala urusan kami...

Tarikh 25 November lepas, genap usia perkahwinan kami 3 tahun... alhamdulillah... selama ini kami mengharungi dengan tabah dan sabar... kami cuba menangani rumahtangga kami dengan kebijaksanaan dan rasional dalam segala tindakan... almaklumlah, dunia rumahtangga tidak lari dari mehnah dan tribulasi... kalau bukan dari kami berdua, mgkin dari pihak luar seperti keluarga atau rakan2 atau org lain... kami juga sentiasa mohon agar dijauhkan dari segala fitnah samada daripada manusia atau makhluk lain...

usia perkahwinan kami keTIGA ini, diserikan dengan puteri kami yang semakin lasak mengukur panjang dan lebar rumah ke sana ke mari...Husna sudah genap 11 bulan... dialah peneman saya dan suami, penghibur dan penawar setiap detik waktu...

*********
bercerita tentang kisah perkahwinan kami pula, ijabkabul antara kami selamat disempurnakan pada tarikh 25.11.2006 (Sabtu) jam 11 pagi... ketika itu hampir semua adik beradik dan keluarga terdekat suami dapat hadir sebagai rombongan... memang ramai, hinggakan tuan imam nikah masjid kampung saya berkata: "itulah kali pertama dia menikahkan pengantin yang mana rombongan yg mengiringi seramai itu...." dah bertahun2 sebelum tu, rombongan nikah x seramai itu... tak kurang pula daripada pihak saya...sepupu dan saudara terdekat turut hadir. bagi saya, majlis akad nikah mestilah dihadiri oleh ramai saudara mara kerana pada majlis itulah mereka akan sama2 mendoakan pengantin dan kesejahteraan semua... lebih2 lagi majlis dijalankan di masjid...

awal tahun 2006 saya memulakan lembaran baru dalam bidang pendidikan, kini dikenali IPGM Kampus Pendidikan Islam, Selangor...sewaktu berkahwin dengan suami, saya masih mempunyai komitmen belajar di maktab, selama setahun setengah saya menjalani latihan perguruan di maktab pada cuti sekolah dan pada hari persekolahan saya menjalani latihan mengajar di sekolah. alhamdulillah saya ditempatkan di sekolah yg jaraknya kira2 25km dari Pekan Banting... jadual saya memang padat..manakan tidak, dgn tugas di sekolah dan ditambah pula tugasan maktab... dek kerana majlis perkahwinan saya pada cuti sekolah, hinggakan sehari sebelum majlis pernikahan saya, saya masih menghadiri kuliah di maktab. saya pulang ke rumah untuk majlis akad nikah dan bersanding pada keesokan harinya, kemudian pada hari Isnin saya menghadiri kuliah semula... bayangkanlah, mmg padat dan letih...tapi ia satu kegembiraan bagi saya memenuhi tuntutanNYA, bersyukur juga kerana Allah memudahkan segala urusan kami, alhamdulillah...

pada tahun yang sama juga, suami saya ditempatkan mengajar di Pakan, Sarikei, Sarawak... Jauh di mata dekat di hati... jadi, memang kami terpaksa berjauhan selama lebih kurang 5 bulan. setiap hari air mata mengiringi rasa rindu... doa tidak putus2 dipanjatkan agar kami dapat bersama. suami pula akan pulang ke sini hanya sebulan sekali. pernah juga saya ke sana sekali, kerana hendak melihat sendiri keadaan suami di sana... Tetapi, rezeki Tuhan siapa menyangka, suami saya dapat bertukar ke sini (Telok P. garang) pada pertengahan tahun 2007. itupun puas kami ke Bahagian Sekolah, KPM utk berbincang keadaan kami. bak kata orang, Yang Pahit akan Manis Akhirnya... jadi, suami sempat merasai mengajar di Swk selama setahun setengah, dan kami hanya berjauhan selama 5 bulan... huhu...

bulan Julai 2007 setelah saya selesai praktikum, kursus induksi SSM dan kursus BTN, barulah saya dapat tinggal bersama suami dan bermulalah kehidupan kami... :)

*****
koleksi gambar perkahwinan kami...







akad nikah

bersama keluarga suami

meh potong kek...

mak dan abah...

mak dan bapa mertua...


sejuta wajah...