15 Jun 2010

Rahsia Kekal Dara (utk Wanita)

salam...

ini ialah petua daripada Ustazah Fatimah AzZahra..
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.


("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

06 Jun 2010

Diari sehari dlm cuti sekolah

Bismillahi nabda'
salam utk semua...

mak aih, lamenyer aku x update blog ni... ari2 jenguk je dan tengok blog kwn2 tp rase malas n macam2 rase bile nak update blog sendiri...hahaha...

so bermulalah cuti persekolahan penggal pertama, smlm aku sempat mengemas rumah, basuh2 kain smpi 2-3x, termasuk telekung, kain2 yg baru nk dipakai, menyapu segenap ruang rumah, mengemas2, dan...mencuci bilik air... semuanya aku buat sendirian sebab papahusna ade ceramah di sekolah lama dia. wah, cukup seronok dan puas hati... mmg aku dah niat nak buat semua tu smlm... mase mengandung biarlah rajin2kan diri...mudah2an anak ni nti rajin juge ler...huhu... si husna pulak seronok menolong aku sidai kain lg2 baju dia.

petangnye pulak papahusna mengajak ke taman di hadapan rumah, kononnya utk beri semangat dia berjogging.... aku pulak mengalihkan pandangan husna bermain di taman permainan... wah, sungguh seronok nampaknye husna ptg smlm... sedang asyik menunggang kuda mainan tu, dia termenung melihat kanak2 lain yg lebih besar umurnya dr dia... mgkn dia rase seronoknye kalau dapat main same2...husna nk kawan sebenarnya, dia lebih seronok bermain dgn kwn yg lebih tua dr umurnya... haha..nanti dah besar sikit bolehla main dgn adik ye..:)

lepas solat maghrib kami sekeluarga pun pulang ke rumah nenek cheras.. kat sane dah ramai sepupu2 husna yg menunggu.. wah bukan main seronokla dia bermain.. kebetulan pulak sepupu husna ramai perempuan...usia pulak susun paku je... balik ke Cheras hanya weekend jer, w.pun cuti sekolah, mlm ni kami akn blk ke banting semula sebab esok papahusna kene memberi ceramah motivasi utk calon peperiksaan di sekolah aku dulu... aku pulak nak pegi kelas membuat roti... itulah alkisahnya jadual kami sekeluarga awal cuti sekolah ni... esk dan seterusnya tinggallah aku dan husna di rumah... (jgn lupe buat ulangkaji utk PTK 10 jun ni dan siapkan menanda kertas yg 6 set tu ye!!) papahusna akn ke office...tidak seperti cuti2 sekolah yg dulu, kami boleh jalan2, pegi mane2 ikut suka masa, blk kg sesuka hati dan masa dan lain2...bile papahusna dah keje di pejabat, cuti sekolah aku akan raikan berdua dgn husna sahaja...



Seronok sangat nak pegi jalan2 kat taman...


naik buaian.... tapi takut2..


huh... papahusna yg keletihan berjogging...


nak naik kude lah pulak..






sejuta wajah...