01 Mei 2011

Madihah dan Husna....

Bismillahi nabda'...
assalamualaikum rakan2 semua....


alhamdulillah sudah lama tidak menulis di blog ini.... hakikatnya selalu menjengah blog saya ini,membaca cerita2 dari kawan2 semua... seronok mendengar perkembangan rakan-rakan. tetapi saya tidak menulis sesuatu dek kerana tugasan dan rutin harian yang membataskan saya....


"ala kulli hal, syukur ke hadrat Ilahi kerana blog yang saya wujudkan ini adalah persinggahan utk menceritakan hal-ehwal saya dan anak2 serta keluarga... ank kedua saya sudahpun mencecah 8 bulan... sudah pandai membuatkan kami sekeluarga tertawa dgn keletahnya... belajar merangkak dan sangat suka berpaut sambil melepaskan tangannya...bila saya hilang dr pandangannya air mata berjujuran dan tangannya mohon disambut...tatkala belajar berdiri, adakala terjatuh, tidak mengenal serik...namun itulah proses perkembangannya...alhamdulillah si comel Ilham Madihah membesar dgn asuhan kami, doa mama agar Madihah menjadi anak yg solehah, berilmu, beriman dan berakhlak mulia... begitu juga dgn si kakak Husna, doa mama utk kalian tidak pernah putus....




hari2 kakak bermain bersama adik, adakala nampak ketokohan kakak dalam menjaga adik, kakak juga terserlah wataknya mengajar ABC kepada adik di kala kakak sudah fasih menyanyikan lagu ABC dan alif ba ta... adik merenung segala gerak geri kakak... mudah2an adik mendapat segala yg positif daripada segala tingkah laku kakak...


si kakak pula sudah pandai menyanyikan lagu "burung kakak tua, buai laju2, ABC, alif ba taa, lagu2 kanak2 dan semakin banyak perbendaharaan katanya....Alhamdulillah...




saya kongsikan  beberapa keletah adik dan kakak....


Ilham 5 bulan, Husna 2 thn 2 bln...






sekian utk catatan kali ini....
Ilalliqa... : )

sejuta wajah...