25 September 2011

Doa & zikir untuk menambahkan susu

1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

2. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin

3. Surah Al-Baqarah ayat 60.


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin

4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

6. Surah Yasin ayat 72-73

7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Sumber: http://sereniety.blogspot.com/2011/08/doa-zikir-amalan-perbanyakkan-susu-ibu.html

23 September 2011

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
f 7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

11 September 2011

Cerita Raye kami...


Bismillahi nabda'
Assalam semua...

bertemu kita pasca lebaran yg mulia ini... Syawal masih ada, puasa sunat 6 hari juga masih ada ruang waktu utk dilaksana dan ziarah menziarah pun masih dialu2kan...

alkisahnya raye tahun ini, adik Ilham Madihah (puteri kedua saye) kurang sihat... dia mula demam pada 24 Ramadhan...demam biase, pegi klinik, Dr bg antibiotik dan sirap demam...

masuk hari ke4 (sabtu), bintik2 erah mula timbul...mula2 timbul kat dada...sikit2 jer... kami pun bawa ke klinik lagi (Klinik REiki Baba, TPG) Dr kata bkn demam campak sb x bgkak kat kelenjar blkg telinga...dia kata demam virus setelah diamati dgn kanta pembesar...dr bg ubt sakit tekak, batuk dan sirap demam..
bawa juga pergi urut, x de pulak salah urat.. dan petang tu kami dah menuju ke Cheras...sb tahun ni turn beraya di sana...


bintik2 merah d badan Ilham


masuk hari 5 (ahad)demam bersuhu tinggi lagi, bintik2 merah pun mula banyak di badan... rase tak sedap hati, mlm tu lps isya kami ke Hosp Serdang pulak... buat blood test, dr ckp bkn Denggi, ia hanya Demam Virus+Bakteria...jd, Dr upgrade antibiotik yg lbh bagus... dan bg ubt demam masuk punggung(pcm 125mg)... mlm tu bdn dia pns, suhu 39..berjaga mlm juga basahkn kepala dgn air asam jawa...bagi minum air 30juzu' dan bg munum skali...

hari 6 (isnin) pagi tu continue mkn ubt, antibiotik, dan rumah mak mertua dh mula sibuk dgn persiapan, nk anyam ketupat, daging sate, persiapan lodeh, aym merah pedas, hmmmmsedaaap... kami sibuk dgn mmerhati keadaan Ilham Madihah smbil tolong2 kerja2 yg patut... lps zohor tu, rase x sedap hati lg skali sb bintik merah makin rapat2 dan penuh 1 bdn dr muka dan perut, blkg bdn, kaki mula bintik skit2...suhu pulak tinggi, pns sgt... kakak ipar cdgkn bwklah ke pakar kanak2... cari punya cari drpd En Google, DEMC, AMPANG PUTERI, ANNUR, AZZAHRAH, KPJ KAJANG, smua ni ade pakar kanak2 yg
muslim dan non Muslim tp smua pakar dh cuti raye, mklumlah esok nk raye... jd kol agen takaful kami, en nasrim, dia cdg bwk gi PPUM @ KPJ TAWAKAL KL...kol punya kol, kpj tawakal jer yg msih buka dan ade paediatric (pkr kanak2)...tie tu dh nk kul 4 kami bertolak...jln lengang...smua dh pakat blk kg katekaaaan...
smpi sane, tgu Dr kejap sb Dr tgh msuk wad, dr sheila Lopez nm dia, dia dgr cite kami dh g klinik sana sini, dh wat blood test, dan dia tgk luaran keadaan Ilham ni dia kata ni dema Virus jer..mmg bintik2 merah tu kuar disebabkn virus dlm bdn dia... sllu demam kita drpd bakteria.... so jgn risau mmg keadaan dia cam x larat nk bkak mata, npk letih, x selera mkn ... dan dr sheila cek tekak Ilham bengkak... ubt plak Dr x bg kami beri antibiotik lg kat Ilham sb bole jd cirit birit dan demam virus xleh bg antibiotik, nti mkin teruk..teruskn mkn sirap demam Fepril yg Hosp Serdang bg tu dab Dr Sheila bg ubt batuk, ubt demam masuk punggung(voltron 12.5mg, bkn pcm125mg) dan bgkak tekak, 3jns ubt tu kne mkn.. dia ckp lg, .nti bila bintik merah tu dh kuar smpi kaki, demam tu akn hilang dan pulih...oooo...kami pun terpana seketika... cost consultation 70 + ubt 27...then, blik umh..

ari ke 7...(selasa) hari raye laaa.... awl2 pg mcm biase mkn2...pki bj yg pling cntik, sy x ke surau sb Ilham keadaan dia cmni kan. so continue mkn ubt yg 3 jns Dr sheila ckp tu... ptg tu blk ke rumah d Kebun baharu.... raye, org2 sekeliling pun dtg beraye, ptg2 tu kami ke rumah atuk d Kanchong darat, bermlm d sane...kat rumah atuk sampai raye kedua pagi jer...tengahari dh ade kat rumah mak saye smpaila raye ke 3,4..smpt jugak pegi raye, sikit2 la...yg penting, rumah atuk suami, pak uda, pak su, jiran2 rumah mak saye... bile jmpe org msg2 kate dmam campak...ade yg syorkan mnum air kelapa...dgn saye2 skali kne minum...huuh...minum smpila hari ke 8,9 demam Ilham...


tema jingga tahun ni...


tgk la muka Ilham, merah padam... sempat lg makan biskut rayer..siaan Ilham...


ari ke 10..(jumaat) pg tu kami ke rumah pakcik Hasbani, sembang psl rumah, byk info kami dpt...dan lunch skali...
lps solat jumaat, pakcik saye (kaaruzaman) dan maklong dtg rumah mak...serentak dgn ank2 murid suami... sembang punya sembang, Ilham pulak lena tidur... mereka dh balik, gnti pulak dgn juju dan ida dan mak ayah diorang... sebang punya sembang smpi asar... lps asar, sy pegang bdn Ilham, ish!! pns sgt ni...td tak pns, dh ok...kami pun seperti terkejut dh terus gerak pantas bw Ilham ke klinik...pikir punya pikir nk bwk ke mana? mtk dgn kak long no dr Tan paediatric kat klang, telefon berkali2 x dpt... msti tutup lg...so plan nk bwk kw paediatric bkt tinggi yg baru tu..smp sane tutup...kol klinik kanak2 SM Selvakumar kat bdr sg emas, oh bukak...Alhamdulillaaah...teru mnuju ke sane, rmi org dlm 4-5 patients...tgu kjap, then bile masuk, dr terkejut sb panjang cerita Ila ni.... dr cek seluruh badan, dia kate xde kalenjar yg bengkak, smua ok, cuma bunyi kahak skit...dia nk kate serius pun xde bukti tp dia amat risau sb dh 10 hari demam..w.pun dh buat ujian darah 5ari lps, mgkn bacaan dh lain kalo buat lg arini... jd dia ckp kes Ilham ni dia x dpt bantu, w.pun dia pakar kanak2...yg dpt bantu hnya hospital..kene cpt bwk..!! dia cdgkn gi hosp serdang atau KPJ Tawakal sb dh penh pegi dlm tempoh demam 10ari ni...dan dia cdgkan Ilham ditahan di wad. so dia buatkan surat rujukan ke hosp serdang...

wktu tu dh 7.55 mlm, maghrib, kami pun bergegas kerumah banting, ambk bj ilham bj sy bj suami...lps Isya' terus menuju ke sane...kesempatan blk umh banting wpun skejap, Ilham npk ceria ke sana ke mari sb suami baru ubah posisi perabot dan ada sudut baru dlm rumah, pandangan baru...ilham excited dan npk seronok...so perjalanan ke Hosp Serdang baik2 shj...kul 10 smpi sane...


(kisah Ilham d Hosp Serdang saye sambung nanti yer...)
ni gambar2 di sane jer...





sejuta wajah...