08 Disember 2010
Resipi mama...
Salam...
Bismillahi nabda'
kali ni, mamahusna ingin rasanya utk berkongsi resipi Lamb Chop, Chicken Chop dan ayam panggang.... nanti ade event keluarga bolehla cuba..kan...
RESIPI LAMB CHOP
(dihidang bersama Coleslaw, kentang putar dan tomato )
Resepi Sos Marinate
1 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk )
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam, gula dan sedikit jus limau
Caranya
1. Satukan semua bahan.
2. Lumurkan pada Lamb. Perap semalaman dalam peti sejuk.
Resepi Sos Lamb chop.
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu
Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)
6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.
Resepi Coleslaw
Bahannya
1/2 biji kubis ( saiz kecil )- saya guna kobis warna ungu.
1/2 biji lobak merah ( option tapi untuk kali ni saya tak guna)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar ( option)
Cara penyediaan
1. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.
RESIPI GRILLED CHICKEN CHOP
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
Selamat mencuba!!!
RESIPI AYAM PANGGANG ROSEMARY
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega
Cara penyediaan
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
RESIPI AYAM GORENG RANGUP
1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji telur
bread crumb atau serbuk roti
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit serbuk perasa atau serbuk perasa ayam
minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan
1. Ayam dipotong-potong dan di bersihkan dengan tepung gandum. Bilas dan toskan!
2. Tumbuk halia dan bawang putih.
3. Satukan ayam dengan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk, lada sulah, garam dan perasa.
4. Perap seketika di dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk mengoreng pukul telur. Ambil ayam tadi celupkan ayam tadi ke dalam telur kemudian gaul atau lumurkan dengan serbuk roti.
6. Goreng hingga keemasan.
Resepi yang simple tapi sedap…….
29 November 2010
21 Oktober 2010
Sujud Syukur...
Bismillahi nabda'...
Salam semua...
entri kali ini adalah tentang Sujud Syukur...
SUJUD SYUKUR
DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.
Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya
Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.
Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam
Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat
Cara-cara melakukannya.
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat
Bacaan dalam sujud
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)
A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU
B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI
C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU
Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.
Salam semua...
entri kali ini adalah tentang Sujud Syukur...
SUJUD SYUKUR
DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.
Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya
Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.
Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam
Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat
Cara-cara melakukannya.
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat
Bacaan dalam sujud
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)
A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU
B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI
C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU
Keempat : Duduk selepas sujud lalu memberi salam.
09 September 2010
Baby Ilham Madihah
Bismillahi nabda'
Salam 30 Ramadhan...
Alhamdulillah, entri kali ni ingin memaklumkan ahli baru dalam keluarga saya...
dialah puteri kedua kami....
Diberi nama Radin Ilham Madihah bt Radin Muhd Imaduddin
Lahir pada 6 September bersamaan mlm 27 Ramadhan jam 12.03 mlm...
Lahir di Hospital Putrajaya...
seberat 3.0kg...
alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, puteri kedua ini dilahirkan secara normal...
meh kita tengok gambo dia...hehehe....



sayangnya kakak pada adik..
ok, doakan saya dan baby Madihah sihat, selamat dan dalam lindungan Allah selalu..
Ilal liqa'... :)
21 Ogos 2010
cerita aku & 'adik' Husna
salam...
Ramadhan Kareem...
Bismillahi nabda'
buat kali pertama dapat menulis entri pd Ramadhan kali ini.. niatnyer mmg nk tulis byk perkara, tp disebabkan keadaan diri yg memerlukan rehat sebaik pulang dr sekolah, maka, sy tangguhkan dulu entri tu...
Ramadhan kali ini, sama seperti Ramadhan 2 thn lps, cuma kali ini 'adik' husna sudah berusia 36 minggu...2 thn lps, Ramadhan ketika Husna br berusia 6+bln... hari ini sudah 37minggu usia 'adik' Husna... ahamdulillah, sy masih diberi kekuatan utk berpuasa...hanya beberapa kali sahaja kami membeli juadah di Bazaar Ramadhan...maknanya sy masak juadah sendiri...walau bagaimana rupanya, sy & suami berpuashati... sy bersahur dgn nasi+lauk+ susu kambing HiGoat/susu panas+kurma+supplement...setakat ini, sy boleh bertahan lagi. moga2 diberi kekuatan utk menunaikan Ramadhan tahun ini sebelum sy berpantang..........
4ari yg lalu ketika usia 'adik' Husna 36+ minggu, sy ke Hosp. Putrajaya ditemani suami utk check up kerana sy bercadang mahu bersalin di sana... aduhai...ramainya umat....bkn di klinik OnG sahaja, bahkan klinik Paediatrik, EnT dan lain2 juga ramai orang.. sy smpai jam 9 pagi memandangkan sy diberi temujanji utk pndaftaran jam 9 pagi... sampai2, dgn pendaftaran yg juga menunggu ms hmpir 1jam, urine test n check blood pressure dan menunggu lagi, akhirnya jam 12 t/hari barulah giliran sy dipanggi berjumpa Doktor Pakar OnG...suami sy menanti dan sempat menghabiskan surat khabarnya dr muka depan hingga khatam... terima kasih sayang...
sy sangat berpuashati dgn doktor di situ... kata2nya sgt lemah lembut dan sopan santun...setiap perkara diselidikinya dgn berhemah... Dr Maryasalwathy Ibrahim namanya...dapatlah scan yg agak jelas dan Dr menerangkan dgn detail bentuk dan saiz baby saya... Scan dgn Dr lain di klinik kesihatan sebelum ni, sy x tahu saiz dan bentuk baby sy, hampa juga, Dr x menerangkan dgn jelas...
setakat ini estimate beratnya sudah 3.1kg!! wow!! agak besar tu. alhamdulillah, kepala baby sudah ke bawah, uri juga di kedudukan yg betul, semua skali ok setakat ini... bermakna peluang utk melahirkan secara normal tu, ade... cuma tunggu waktu contraction dan deliver nanti, Ya Allah mudahkanlah sy melahirkannya secara normal... (Husna dulu ceasearean kerana kedudukan yg songsang)
sy ada bertanya Dr tentang peluang dan risiko bersalin normal dan c-sect... dikatakan mungkin kerana faktor ketinggian sy yg hanya 148cm menyebabkan kedudukan Husna dulu songsang & sukar utk kepalanya berpusing ke bawah... dan kerana ketinggian juga menyebabkan tulang punggung sempit(tp yg ni x tau lg sb dulu sy x rase sakit bersalin, so x tau samada tulang punggung kecil @ sebagainya)dan Dr pernah menyambut kelahiran normal baby berat 3.6kg, ibu ketinggian 136cm shj... semua tu kan kuasa Allah....kan
selain tu sy turut bertanya tentang : adakah luka pembedahan sy ketika melahirkan Husna dulu akan terbuka sekiranya kelahiran normal utk adik Husna ni? Dr kata, hanya 0.6% sahaja kes yang berlaku...jgn risau ye... mudah2an jgnlah sy menjadi golongan yg 0.6% tu...
so, Dr suruh tunggu masa je, cume, kalau 1st deliver dule pernah operation, yg kedua kalau conntraction lebih 6jam, Dr akn terus ceasar jer...and no vacum/forcep...
mudah2an kelahiran 'adik' husna nanti dipermudahkan oleh Allah, ameeeen...
16 Jun 2010
15 Jun 2010
Rahsia Kekal Dara (utk Wanita)
salam...
ini ialah petua daripada Ustazah Fatimah AzZahra..
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
06 Jun 2010
Diari sehari dlm cuti sekolah
Bismillahi nabda'
salam utk semua...
salam utk semua...
mak aih, lamenyer aku x update blog ni... ari2 jenguk je dan tengok blog kwn2 tp rase malas n macam2 rase bile nak update blog sendiri...hahaha...
so bermulalah cuti persekolahan penggal pertama, smlm aku sempat mengemas rumah, basuh2 kain smpi 2-3x, termasuk telekung, kain2 yg baru nk dipakai, menyapu segenap ruang rumah, mengemas2, dan...mencuci bilik air... semuanya aku buat sendirian sebab papahusna ade ceramah di sekolah lama dia. wah, cukup seronok dan puas hati... mmg aku dah niat nak buat semua tu smlm... mase mengandung biarlah rajin2kan diri...mudah2an anak ni nti rajin juge ler...huhu... si husna pulak seronok menolong aku sidai kain lg2 baju dia.
petangnye pulak papahusna mengajak ke taman di hadapan rumah, kononnya utk beri semangat dia berjogging.... aku pulak mengalihkan pandangan husna bermain di taman permainan... wah, sungguh seronok nampaknye husna ptg smlm... sedang asyik menunggang kuda mainan tu, dia termenung melihat kanak2 lain yg lebih besar umurnya dr dia... mgkn dia rase seronoknye kalau dapat main same2...husna nk kawan sebenarnya, dia lebih seronok bermain dgn kwn yg lebih tua dr umurnya... haha..nanti dah besar sikit bolehla main dgn adik ye..:)
lepas solat maghrib kami sekeluarga pun pulang ke rumah nenek cheras.. kat sane dah ramai sepupu2 husna yg menunggu.. wah bukan main seronokla dia bermain.. kebetulan pulak sepupu husna ramai perempuan...usia pulak susun paku je... balik ke Cheras hanya weekend jer, w.pun cuti sekolah, mlm ni kami akn blk ke banting semula sebab esok papahusna kene memberi ceramah motivasi utk calon peperiksaan di sekolah aku dulu... aku pulak nak pegi kelas membuat roti... itulah alkisahnya jadual kami sekeluarga awal cuti sekolah ni... esk dan seterusnya tinggallah aku dan husna di rumah... (jgn lupe buat ulangkaji utk PTK 10 jun ni dan siapkan menanda kertas yg 6 set tu ye!!) papahusna akn ke office...tidak seperti cuti2 sekolah yg dulu, kami boleh jalan2, pegi mane2 ikut suka masa, blk kg sesuka hati dan masa dan lain2...bile papahusna dah keje di pejabat, cuti sekolah aku akan raikan berdua dgn husna sahaja...
15 Mac 2010
Bismillahi nabda'
salam semua...




salam semua...
Lama rasenye saya tak update blog ini... maklumlah bile masuk tahun baru, tugasan di sekolah pun bertambah dan banayk perkara yang perlu diselesaikan dengan baik... kerja-kerja tetap kunjung tiba tidak putus-putus... aduhai..inilah kerja sbg guru... papa Husna pula sudah tidak mengajar di sekolah seperti dulu lagi. dia telah berkhidmat di Bahagian Pembangunan Kurikulum, K.P.M'sia... dia sana banyak membuat tugasan berkaitan kurikulum, lagi2 fasa pertukaran drpd PPSMI kepada kurikulum bahasa Melayu nanti...
bercerita tentang Husna pula, dia sudah pantas berjalan, nak belajar berlari pula... awal2 tahun aritu dia kurang selera makan, makan pun sikit jer, tapi banayk kali. bila usianya genap setahun, demam pun datang dan pergi, itu yg menyebabkan dia kurang selera makan... hinggakan saya terpaksa memberinya Appeton. disaat Husna genap setahun, dikhabarkan husna akan mendapat adik lagi, insyaAllah syawal nanti... husna pun banyaklah kerenahnya. tiap2 petang bila papa balik dari ofis, dia terus menunjuk ke arah kasutnya, nak ajak jalan-jalan dgn papa...dapat jalan2, wah..seronoknya...
di bawah ni, sya uploadkan beberapa gambar Husna setelah usianya genap setahun...
Langgan:
Catatan (Atom)