18 Julai 2009

semakin hari semakin sayang


salam.....
alhamdulillah, saya dan si kecil husna berada dlm keadaan sihat dan baik.... sepanjang bln julai ni, kami berdua terpaksa tingal di rumah nenek Kebun Baru sebab papa berkursus di RECSAM, P.Pinang sepanjang julai ni. jadi, saya pun terpaksa berulang ke sekolah setiap hari dari rumah ibu saya... nak kata jauh tak jauh pun, 40km one way tau...kene smpai sekolah jam 7.30 pg... kadang2 terlewat juga, 7.35...ooops.. husna seronok duk dengan nenek dan atuknya. mula2 dtg umah nenek dia menangis2 tak nak didukung oleh atuk dan neneknya...di dah mula kenal orang. tapi sekarang, hmm...dah melekat dah... :) main seronok dia, lagi2 byk kemahiran yg dia dah update, dia dah mula angkat2 punggung nak merangkak, dah pandai minum guna cawan, pandai angguk2, suara pulak makin nyaring....hmmm anakku sayang, duk elok2 dgn nenek ye...mama gi sekolah, papa gi belajar jauh... adakala saya rasa rindu dgn papa, rindu nak makan sama2, nak sembang sama2...

dua thn lepas, kami pernah berjauhan, saya di sini dan papa di sarawak, waktu tu lg sayu, rindu dan sedih. cuma dulu kami msh berdua...skrg dah bertiga. rahmat Tuhan memberikan suami dpt bertukar ke sini, alhamdulillah... jadi sekarang bila papa pergi kursus lama2 saya dah ada pengalaman bagaimana nak uruskan rasa hati ini...bagaimana nak uruskan diri dan anak kala papa tiada di rumah. semua berjalan lancar, alhamdulillah. harapannya saya dan anak di sini selamat dan sihat, papa di sana pun sama hendaknya...



1 ulasan:

Budi setitis embun.... berkata...

sayang isteri tinggal-tinggalkan...

sejuta wajah...