18 Julai 2013

Ape Ilham Buat di Taska?

belajar minum susu menggunakan cawan

main terompah..(pandai ke... cikgu kate Ilham boleh buat, objektif tercapai :)  )


Ha.. inilah antara aktiviti Ilham, anak kedua saya di Taska... waktu ni umurnya 2 thn 10 bulan..
mcm2 aktiviti di taska.. saya suka dgn perkembangan Ilham dan aktiviti yg dilakukan di taska.. 
Taska  ini telah berdaftar di bawah JKM, jadi segala modul telah menepati piawaian JKM.

Biasanya mama akan mengambilnya jam 5.00 ptg, adakalanya jam 2.00 petang, bergantung kepada tugasan. Sesampainya  di rumah, mama akan bertanya ape aktiviti Ilham di taska hari ni? Ilham akn jawab dia buat itu, buat ini... kadang2 Ilham tak tahu nak ceritakan apa aktiviti di taska, yelah baru menginjak 3 thn, tak pandai nak terjemahkan dgn perkataan, tp mama faham ape yg dimaksudkan. Kakak Husna yg akan ceritakan serba sedikit tentang aktiviti Ilham memandangkan kakak Husna 5thn ke sekolah PASTI..
pun ada ceritanya.. 
nanti mama cerita kakak Husna pulak ye..



Tiada ulasan:

sejuta wajah...