11 Ogos 2009

Kasihnya ibu...




Melihat video ini, saya teringat di kala melahirkan si kecil Husna 7+ bulan yg lalu... begini rupanya husna dilahirkan... lapisan demi lapisan kulit dihiris... sungguh, saya tak tahu apa harus dikatakan di sini...berat rasa untuk menterjemahkan rasa hati ini... hanya Tuhan yg tahu...

Syukur kerana Allah mengurniakan kami zuriat, walau saya terpaksa melahirkan secara LSCS, namun saya masih memanjatkan syukur atas kurniaan ini...kurniaan yang dinantikan... saya juga Insaf, mungkin kerana dosa2 yang saya lakukan sebelum ini...


- Alkisahnya, sedang saya membuat soalan ujian tadi, saya sempat melihat video ini. tiba2 rasa tersentuh hati sangat, lagi2 lepas maghrib tadi saya mendapat berita ibu saudara saya kembali ke rahmatullah... ibu saudara (adik ipar ayah saya)... sedih dan pilu bagaimanalah anak2nya merasai kehilangan ibu tersayang.... alhamdulllah saya masih punya ibu, walaupun sudah hampir 60 tahun ibu masih sihat, ibulah yg menjaga saya sewaktu berpantang melahirkan Husna tempoh hari. tanpa ibu, entahlah...

- Walaupun ibu merasai saat getir melahirkan anaknya, namun kasih ibu tiada tolok bandingnya...belaian, perhatian dan sayangnya pada kita sepenuh hatinya...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kasih ibu hingga ke syurga...
dalam susah,dalam senang,ibulah teman.. :)

Tanpa Nama berkata...

kasihnya ibu hingga ke syurga...
dalam susah,dalam senang..ibulah cahaya..ibulah teman..
insan yg setia menerima kita seadanya..

Unknown berkata...

mamahusna..

sungguh ianya satu pengalaman yg takkan pernah dilupakan.. sungguh terharu tgk video ni.. saya pun dulu mengalami pengalaman yg sama (melalui ceaseran) masa lahirkan uwais dulu.. begitu rupanya.. terasa mahu menitiskan air mata..

kasih ibu hingga ke syurga.. :)

sejuta wajah...