26 Ogos 2009

Percutian di PD

Seminggu sebelum puasa tempoh hari, saya sekeluarga bercuti di Port Dickson. Kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan, Tanjung Tuan. Memang kami dah booking lebih kurang 5 bulan lalu... tahun ni kami ambil peluang bercuti di rumah persekutuan. dulu, bukan main susah nak booking, mcm2 kerenah, orang dalam lah ape lah, hmmm sekarang booking online lebih telus dan mudah...

Kami bertolak selepas selesai solat Maghrib Jumaat mlm Sabtu 14/8/2009. sepatutnya check in jam 2.00 ptg Jumaat, tapi memandangkan saya pun demam dan terpaksa ambik cuti pada hari Jumaat tu, jd kami bertolak agak lewat sedikit. sampai di pekan Port Dickson kami mkn malam dulu, time tu dah pukul 10.00, saya teringin nak makan sate perut "sate Kajang Hj Samuri" tapi dah abis pulak.....huhhhmmmm xpelah...kenela order lain. kami terjumpa saudara papa (Embah Fuad) selepas selesai makan. apalagi, dia pun jemputlah kami utk dinner mlm keesokannya. wah... ini sudah bagus, dinner mlm esok x payahla masak...uhuuu... saya pun tak lah bawa bahan mentah terlalu banyak... sekadarnya je, sebab mmg cadang nak rehat... dan bahan mentah tu ingat nak beli kat sana jer...

Pagi Sabtu, dah niat nak masak sendiri utk breakfast, rupa2nya gas rosak... papa pun panggillah staff yg berkenaan, alkisahnya sampailah tengahari baru dapat dapur gas yg baru, dapur gas tu mmg dah x boleh guna, bocor....ish, bahaya betul!! jadi breakfast dan lunch ari Sabtu tu kami makan di luar jer... saya pun x sihat sepenuhnya...mmmg nak bg can saya rehat kot...

Percutian kali ni kami ajak kak long sekali, sebab kak long susah nak dapat peluang bercuti di PD. lagipun, mak mertua sekeluarga dan adik beradik papa pergi bercuti kat Bandung dan Jakarta... kami sekeluarga, kak long sekeluarga dan Adawiyah jer yg tak pegi. jadi kami pun nak bercuti juga, hmmm nasib baik dpt booking Rumah Persekutuan PD ni...x lah rasa kene tinggal.

lepas lunch kami berjalan2 di pasar Telok Kemang...sambil menunggu kak long sekeluarga sampai...sambil jalan2... nah, ini dia buah tangan Husna...

bersama bola baru...

Lebih kurang pukul 4.30 ptg, kak long sekeluarga pun sampai...
lepas Solat Asar ptg tu, saya bawa kak long sekeluarga ke Palm Spring (Opposite Tiara Beach Resort) , dlm 4km dari Rumah Persekutuan tu. sebenarnya nak bawa anak2nya mandi kolam dan jakuzi best kat sana, disamping nak tengok perkembangan Husna mandi guna pelampung... wah wah...seronok bukan main budak2 tu... Husna pun dapat pengalaman baru... kat bwh ni ada saya upload keriangan Husna bersama sepupunya mandi...

inilah kolam yang kami kunjungi...


Husna bersama pelampung barunya... seronok betul...


Husna dah menggigil tapi masih tak mahu naik...:)
yg lagi sorang tu Jasmin...


amboi amboi... dapat air bukan main suker...
yg lagi sorang tu Iskandar...sepupu Husna juge...

Malam tu pulak, kami semua ziarah jemputan ke rumah saudara papa, rumah dia di D' Tropika PD... mereka baru pindah...besar rumahnya, masih lagi bercadang2 utk tambah itu dan ini... next time pegi msti dah berubah... kami dijamu Sate, Spageti dan Lai Che Kang... ehemmmm makan dengan berselera sambil bersembang, sedar tak sedar dah hampir pukul 12....!! kami pun pulang...

Pagi Ahad pula, hah, hari yg ditunggu oleh Iskandar dan Jasmin utk mandi pantai PD... di belakang Rumah Persekutuan tu pantai berombak perlahan, jadi bolehla mandi... seronok mereka mandi pantai... tapi, pagi2 lagi saya dan papa dah mula risau sebab badan Husna panas sgt...ah sudah, saya baru beransur sihat, Husna pulak demam, pagi tu kami bawa Husna ke klinik berhampiran... Pagi2 lg orang dah ramai di klinik. lagipun itu jer klinik yang dibuka rasanya...x nampak klinik lain yg bukak pun... doktor check suhu Husna, wah!! 39' doktor pun berpesan macam2 kepada kami, lagi2 waktu H1N1 sedang menular ni...
balik dari klinik, bersarapan, saya dan Husna tak dapatlah ke pantai, kak long sekeluarga dan papa jer mandi pantai... saya pulak menjaga Husna sambil masak Spaggeti dan mengemas barang, pukul 12 nak check out dah... kemas punya kemas, siap juga akhirnya... tak la banyak pun. kami mmg bercuti utk rehat jd tak perlulah nak beratkan kepala bawa barang selengkapnya... lagipun barang2 asas seperti pinggan, cawan, periuk, kuali, semuuuua ader... senang... hatta wifi pun ader, memang beristirehat sungguh... cuma yg 'kureng' sikit, katil dia dua katil single utk satu bilik... mgkin sebab rumah apartment. kat PD ni ade rumah apartment je, rumah banglo sedang dlm pembinaan, dah siap cuma tinggal finishing je tu...
ok lah, yang penting kami semua seronok dan dapat berehat sepenuhnya...

On the way nak balik, kami sempat singgah di pantai PD utk lunch... makan spaggeti yg saya masak tadi tu... hanya bentang tikar jer, dapat merasa dingin angin pantai dan merehatkan minda... agak2 bila lagi nak sampai PD yer...?

perjalanan pulang kami lalu jalan kampung, melalui Lukut+Sg Pelek+Morib... sempat singgah utk beli buah dragon fresh dari ladang, memang manis...sebelum sampai rumah, kami tunaikan solat jamak di Masjid Morib, alhamdulillah...kami sampai rumah jam 4.30 ptg...

satu percutian yg merehatkan...


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seronoknya bercuti... :)

sejuta wajah...